Ahad, 22 September 2013

Hai . Assalamualaikum ,
Sakit hati ja kan bila hari cuti terpaksa bangun awal . Eeh sabtu hari aku cuti la bodo . Pagi2 bangun siap2 g DKU dengar ceramah industrial talk . First slot fuh mengantok gila walaupon penceramah 2 hensem . Alahai kan . -.- tapi layan jugak la sampai aku terlelap tido . Hahaha . balik ja event 2 abu datang ambik so kami p rumah fendi macam biasa . Best dapat lepak sesama tapi jadi tak best bila abu keja wechat dengan azureen . Huh . Segak lagi aku dari zureen 2 . Hahaha .hmm . Konflik kan hidup ni . ? Aku rindu kan shera . Hmm :'( sabar ya nad shera pon rindu awak jugak . :') . Acap sorry tau nad tak chat dengan acap malam ni . Esok g keja elok2 k dear . Nite semua . Nadya sayang semua . Sayang family ayah , ma , kakak , abang and kimi . Sayang kawan2 shera , ina, echah, abu, fendi, anas , adik , ameer and semua . Sayang acap jugak :*

Cerita Cik N.A.D.Y.A

Ahad, 15 September 2013

Rindu :'(

Assalamualaikum blog . 
Hmm , rasa rindu sangat2 kat nur shahira binti abu yazid tapi apakan daya aku tak boleh jumpa dia selagi aku tak sihat . itu pantang nya ! aih susah la . Dia dah banyak terasa hati dengan aku, dia ingat aku dah berubah . ya kalau aku berubah pon bukan aku sedar kan . Maaf ya sayang ,aku ingat lagi semua janji aku kat hang . Hang sakit ? Ya aku tau hang sakit nanti aku bawak hang p jumpa doktor julia . Itu kan janji aku kat hang . Aku tak kan lupa janji 2 . Nanti kalau aku dah sihat aku nak bawak hang jumpa abg yang dah tolong rawat aku ni . aku nak hang sihat macam aku walau pon aku sihat di luar saja . Aku rindu nak share cita dengan hang , nak gelak sama2 , nak nangis sama2 . sumpah aku rindu 2 , seksa rasa bila aku terpaksa buat tak tau kat hang . Kita kawan dah lama . Dunia aku separuh nya hang ! Hang kata la apa2 pon kat status BBM and twitter janji aku tau aku buat ni untuk kebaikan semua . Bukan aku tak nampak apa yang hang tweet cuma aku tak boleh nak buat apa2 . Ya sayang aku janji aku sihat ni aku g jumpa hang k . Shera .. aku mintak maaf . ingat pesan aku ni walau apa pon yang jadi hang tetap sahabat aku , keluarga aku ,hang segalanya untuk aku . aku sayang hang .cuma aku mintak hang jadi diri hang yang aku kenal dulu ., Aku mintak maaf ya sayang :'(

     Rindu itu sakit , hang tau kan maksud aku sayang :)
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Jumaat, 6 September 2013

Assalamualaikum , Hai blog
Hari ni aku rasa macam fuck ja . pagi2 ok ja siap lilit tudung yang dah macam cikgu lagi . Fikir kan nak jumpa abg , aku nak jugak tanya adik dia ni comei tak hari ni but apa yang dapat hari ni cuma lah sakit hati . TANIAH nadya .Mula dengan kelas halal pada pagi hari berlanjutan pulak dengan test fuh soalan agak mencabar la . Kelas halal habis awal hari ni . Pukul 10 dah siap semua so keluar la . Mula2 nak naik cucuk kat DHM tapi tak jadi sebab ina dengan eychah nak jumpa abang akim . Pergi admim jumpa akim lepas 2 sasau datang . Tiba2 eychah kata abu suh tunggu so kami pon tunggu la depa semua kat admim . 2 jam tunggu wah kejap ja 2 jam . Penat2 tunggu nampak fendi tiba2 fendi stop kat budak pompuan mana tak tau pas 2 anas, dengan abu sekali . aku tak kisah sebab aku tengok abu tak la fokus kat pompuan 2 macam anas dengan fendi . Tiba2 pompuan 2 tarik rambut fendi . ok kami semua terdiam . Eychah mula nak nangis . Fendi perasan yang kami tengok dia terus dia datang kat kami . Fendi cakap kami buat tak tau ja . Aku tengok mata si eychah ni berair , aku terus cakap jum la balik . Si ina dengan eychah pon bangun and terus blah . aku ikot ja . Abu call aku cakap dengan dia tapi tah la dia terus letak tak sempat ina nak cakap . Ok terus gaduh kat twitter . Eh gaduh ka 2 . Tak tau la haa. Ina dengan Anas dah ok . Eychah dengan Fendi lagi la ok . Ya la orang couple kan kalau apa2 sikit pujuk terus . aku sapa nak pujuk . petang aku tido sambil peluk nomot ang kruu kruu . sumpah rindu abg abu . Ya Allah :'( aku terjaga dari tido sebab aiman call . Aiman tanya aku kenapa sebab kat twitter aku dah banyak sangat merapu. Aku cakap tak da apa pas 2 aku dengar suara umi cakap kat belakang umi cakap' alahai nad anak umi sayang kenapa pulak ni , gaduh dengan sapa ' . dengar ja suara umi aku terus cita apa yang jadi . Umi dengan aiman marah aku . depa suh aku mengalah . Mintak maaf kat abu . aku cakap ok nanti . WEchat dengan acap pon acap suh aku mintak maaf kat abg abu . Ya aku akan mintak maaf . Ya semua aku yang salah . Ya aku ja yang kena mengalah . Ya semua aku !!!!
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Rabu, 4 September 2013

:'(

Serabut , !
Ya allah kenapa aku ni ? awat dok rasa pelik2 sangat ni . aih . kuat sikit nadya oii . please la umur dah 19 kan bukan 9 tahun lagi .
Cerita Cik N.A.D.Y.A

2F .

Assalamualaikum sweetheart :)
2F . That mean FRIEND , FAMILY .

1) Abang saya
ok ni abang saya , nama penuh dia Irwan bin Ahmad but orang panggil dia abu . Bila di tanya kenapa panggil abu dia bgtau dulu time zaman unitar orang kata dia macam nas-t yang dalam cerita kami 2 . tapi tak kan nak panggil nas-t kan so depa pon panggil la abu sebab nas-t pegang watak abu time 2 . Manusia ni suka sangat perasan yang dia ni Kamal Adli . -.- . Aku suka dengan dia ni sebab dia ni suka bagi aku semangat . Bila aku down di bangun kan aku . Aku sayang dia . Dia abang aku . Yes dia abang aku . Dia ni nak kata garang 2 ada jugak sikit , kalau dia marah pon aku bukan peduli sebab memang jenis aku suka buat tak tau bila orang marah aku .

2) Kak Yong

Ni nama dia Siti Syarina Binti Safar .Ni kak yong aku . muuuuaaah . Ni umo dia tua 1 tahun dari aku tapi muka dia nampak lagi muda dari aku -.- . Kami tak panggil dia kak Ina tapi panggil ina ja nak bagi dia rasa muda sikit macam kami . hahaha , Dia ni la yang selalu jaga aku kalau aku sakit . Dari sem lepas lagi susah senang kami bersama . Time ada duit kami makan sedap2 time tak da duit dua2 makan megi . hahaha. Ina ni garang tau tak .Agak macam singa jugak la tapi baik hati .Mungkin ina ni dah jadi anak ma dengan ayah aku jugak kot kalau cam 2 ni kira dia kakak ke dua aku la . dia la Siti Nur Haliza kami :)

3)Gemuk sayang
 
Hello2 . Ni gemuk nama sebenar dia Aisyah binti Borhan . Budak pahang minah ni . Dia ni sekepala sangat dengan aku . Jahat kami macam sama banyak ja . Pompuan gila ni suka menjerit tapi aku tak kesah pon lantak la dia nak jerit ka apa ka mana ada kacau aku pon . Sejak2 last sem lepas aku selalu dengan dia . Sem ni dia jaga aku dengan ina sebab aku ni kan selalu sakit -.- . Echah ni jenis yang setia tapi 2 la dapat lelaki yang tak hargai dia tapi sekarang aku rasa dia dah dapat laki yang tepat untuk dia kot . Dia lah tempat aku luah kan semua apa yang aku rasa dan dia pon selalu luah kan rasa hati dia kat aku . Muka dia macam Diana Daniel ka ? mungkin la . hahaha . aku sayang gemuk !

4)Fendi
Ni nama dia Mohd Afendi bin Mohd Hasyim . Hah betul ka tak aku eja nama dia pon aku tak tau . Ok dia ni first aku jumpa dia teman abu tolong bawak kami beli tiket train . First jumpa dia dah buat lawak p arau balik mai baru sedaq yang dia pakai kain terbalik . Dia suka buat lawak tapi sekali marah huh takut aku . hahaha , Mybe dia ni akan jadi milik gemuk . Amin :) . aku doa kan mereka . Hujung2 minggu kami selalu lepak kat rumah dia . Dia punya abah bukak kedai burge depan rumah . Hahaha , abah dengan ma dia ni baik tau . ok muka dia pulak macam zizan raja lawak 2 .

5)Anas
Anas .Nama penuh dia Mohd Anas bin Saidin . Dia ni garang la . hahaha . sebenar nya dia ni tak garang tapi dia tegas . Ok aku suka cara dia . Ina mungkin suka kan anas ni tapi tak tahu la suka macam mana kan . Anas ni tak selalu lepak dengan kami sangat sebab rumah dia agak jauh . Rumah kat beseri ha kami selalu lepak kat pauh rumah si fendi ni tapi kalau kat poli kami selalu lepak sama2 la . Anas ni macam ada cerita sendiri yang di tak kan kongsi dengan semua , bagi aku anas ni misteri orang nya . kalau anas pon suka ina mana tau nanti depa ada jodoh kan . :) doakan yang terbaik untuk kawan2 tak salah kan bukan nya doa yang jahat pon . anas ni aku suka panggil dia Hazama . Sama tak dia dengan Hazama ?

6)Si Comei -.-
Hai2 !! Ni tuan blog nama dia Fatin Nadia Binti Mat Not . Saja buat gedik tulis si comei . Tak da yang puji kan so puji diri sendiri . Ok2 apa yang aku nak cita sal aku hah . Gila kan cerita sal diri sendiri sat g puji kata masuk bakul angkat sendiri pulak . hahaha . Apa yang dapat di simpul kan budak ni sekarang sangat la bahagia sebab kawan2 ada di sisi . :D . Tapi 1 hal yang tak best sebab pelat R aku tak hilang2 huh aku Lisa Surihani kot . Ha 2 dia perasan teruk . hahaha

 Kawan2 yang selalu ada di sisi adalah kawan2 yang boleh di anggap sebagai keluarga *kata ayah . Ada lagi sorang ni Nama dia Saiful hakim a.k.a abang sam . dia ni baik gak aku kenal dia dari PLK sem 1 lagi muka dia macam anding , XD . Ya Allah aku harap sangat yang persahabat ini selalu di pelihara . Jauh kan lah kami semua dari kemungkaran dan dekat kan lah kami dengan jalan mu ya Allah . Amin . DIP vs DHK kasih sayang itu perlu demi kebahagian sesama kita . NAD!ABU!INA!ANAS!FENDI!EYCHAH!AKIM




Cerita Cik N.A.D.Y.A

Isnin, 26 Ogos 2013

assalamualaikum .
Hai blog :) wah lama tak post apa2 dalam blog ni . rindu nak post dalam blog ni . :) , sepanjang tak post apa2 ni macam2 benda yang jadi kat aku . now aku dah tak couple dengan hadi lagi . Aku jumpa dengan seorang insan yang selalu ambil berat sal aku . Irwan bin ahmad a.k.a Abu . apa yang aku boleh cakap abu ni dah macam abang ak bukan abang angkat ttapi abang kandung . sumpah aku sayang dia . Dia baik pandai sangat jaga hati akuu . pas aku kenal dia muncul fendi and anas . depa pon penyeri hidup kami . why aku cakap kami ? sebab aku , ina dan echah . kami cukup happy bila kami sama2 . suka duka kongsi semua bersama .jujur aku cakap aku sayang depa sangat , aku pon sayang syera , adik , papa and amer :)
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Selasa, 4 Jun 2013

saya ok . saya dah besar

Assalamualaikum ..
Hari ni macam sedih sikit sebab aku dapat tau yang tekanan darah aku menurun . Jantung aku pon dah lembap nak mengepam darah .. Ya Allah :'( . Tapi aku dah tak terasa sakit sangat . Terima kasih untuk itu ya allah . Doktor kata aku ni tak cukup rehat , tak cukup air , dan aku ni banyak berfikir .. ehh bila pulak aku banyak fikir ni, kalau banyak pointer aku tak kan menurun la .. apa lah doktor ni . tak cukup air so aku kena la belajar minum air banyak2 biar sampai kembung perut . hahaha . Aku tak boleh lemah . aku kena kuat ! aku dah besar !
 

Tengok la kita dah besar :D


Cerita Cik N.A.D.Y.A

Rabu, 29 Mei 2013

Masak-masak ehh

Assalamualaikum ,
ok hari ni nak update sal result final la .. result sem 2 ni .Semalam punya la tido lewat sebab nak check result  last2 sekali tak boleh nak check pon . sakit hati kita kan .. :'( . ok pagi tadi ingat kan nak bangun lewat but terbangun awal  gara2 IPD kuala muda call . Aih ingat kan aku kena saman or apa2 ja la yang berkaitan jenayah tapi rupa2 nya nak suruh ambil surat pemeriksaan fizikal . senang cita aku dpat polis la . Tapi time bila aku isi .. bila ingat2 balik betul la yang aku ni ada isi SPA . buat lupa boleh aih .ok tengok hp samsung ameer ada call 2 kali pas 2 banyak sangat whatsapp masuk rupa-rupa nya result dah keluar . terus ja aku check tapi agak kecewa sebab pointer aku turun 4 . aih , banyak main la ni . bak kata alan banyak sangat putus cinta jadi tekanan la ... haha bonggok :P . Ma bising sangat sal pointer aku yang turun merudum 2 . Ma cakap 2 la banyak main lagi . sonok sangat nak bercinta sampai lupa nak study , come on la ma . adik study tau cuma tak da rezeki adik . insyaallah sem 3 adik bg ma result AKJ ok ? baru tadi on twitter ada la kan tweet budak ni cakap sal course dia susah . ni tweet dia 'abah oo abah ,, abah kena faham course yang tengah dok belajar sekarang ni , bukan course masak-II ,, ni bakal nak jadi engineer ni ,, payah' . amboi hang .. ingat course masak2 ni senang macam kupas bawang ka ? sakit pulak hati ni bila baca tweet 2 ,.. ah penat ok la tido . nyte :)



Cerita Cik N.A.D.Y.A

Isnin, 27 Mei 2013

Bukan Senang

assalamualaikum ,
Bukan senang kan nak lupa kan orang yang kita sayang ? Perasaan 2 susah nak hilang tapi aku terpaksa hilang kan rasa itu dari hati ni . Dia tuduh aku ni penipu , dia kata aku ni munafik .. Ya allah kuat kan lah aku . Diam kan lah mulut ku ini dari bercakap tentang kami . Aku redha ya Allah dan aku harap dia pon begitu . berikan lah kepada kami kekuatan untuk melupakan antara 1 sama lain .
Cerita Cik N.A.D.Y.A

now we are .....

Assalamualaikum ,
Lama tak update blog kan . Hmm benda yang sangat sedih telah berlaku cuti ni . Mula2 di uji dengan kesakitan lepas 2 di uji dengan kesabaran . Waktu sakit aku hanya nak sorang2ja tak mau orang lain selain dari family and shera . aku tak contct sapa2 pon termasuk lah kawan2 dan hadi . bila dah sihat aku terus im hadi tp malang nya dia kata aku bukan2 . Ya Allah sakit nya hati aku :'( . aku dah malas fikir sal dia . aku nak terus move on . sekarang dia tahu pulak nak merayu2 tapi maaf aku dah tak boleh lagi kembali bersama dia . maaf sangat2 . biar la aku macam ni . aku lebih bahagia :D
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Sabtu, 6 April 2013

The End :'(


Ya Allah dari 19/9/2012 sampai la 2/4/2013 tu ja tempoh hubungan kami :'( . Aku tak pasti kenapa semua ni boleh terjadi bukan nya aku tak jaga hubungan ni baik2 tapi . Hmm tah la. Malas nak update cerita pasai ni lagi .Cukup la aku tahu dia masih sayang kan aku dan dia pon tahu aku juga selalu sayang kan dia . Zulhadi Damaska bin Darwin saya nak awak lagi macam dulu :'(
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Rabu, 27 Mac 2013

sakit tapi happy

Assalamualaiku .

Hari ni hadi masih marah kan aku kan kemarin aku tak jawab call dia sebab aku tidur , hahahaha. Tadi jumpa kat cafe admin pon dia tak tengok aku and aku pon tak tengok dia . sedih tau sedih!
makan pon jadi tak selera , aku call ,mcg , bbm tapi semuanya kosong .Sabar menanti dia tanpa rasa jemu walaupon sedikit , saya sayang awak tau :') . Malam aku pulak ada kelas TOF huh dengan silat lagi . Ya Allah penat sangat rasa dah la makan nasi lauk telur goreng dengan kicap , macam sedih ja tapi sedap tau :) . Pukul 8.20 kami otw naik jabatan . ok time jalan kat atas ada 1 benda yang aku nampak dalam kitchen , malas nak mention benda apa 2 . Biasa la mata aku ni kadang2 nampak lagi benda2 macam gitu haa. Sabar ja la ! Terus masuk kelas TOF , bgtau cik ina nak balik awal sebab ada yg nak g silat and ada yang nak g menari , sekali cik ina cakap "apa menari2 semua 2 syirik ja" hahaha lawak la pulak . Pukul 9.15 kami mintak kebenaran nak keluar nak pergi kelas silat pulak . cik ina kaa kat aku "ha berlajar silat pulak macam mana tak kena sampuk" ok aku pon diam . Lambat masuk kelas silat so kami terpaksa la buat latihan tangan sendiri .aku,ina,adik dengan syisyi .Memang kami buat merapu ja la . Ok test silat memang aku blurr la coz tak ingat buah pergerakan , Tapi Alhamdulillah aku berjaya . Yesss :D . Dah tamat pon koko silat kami , asas dah habis sambung pulak jatuh . Wah sakit sangat time buah jatuh 2 sebab badan aku ni ringan so aku terhempas paling kuat bunyi and pon kuat . Agak malu di situ . Sakit tahan ja la malu pon kena tahan jugak . huh . Balik silat mata aku terpandang ja blok A3 . Ya Allah aku rindu dia kot .! Balik silat sempat lagi aku basuh apron pas 2 online twitter . Baca tweet2 dia dah cukup buat aku tahu yang dia pon sangat rindu kan aku tapi ego . Dia call ? Yes hadi call . Dia cakap dia rindu ,cakap punya cakap last2 dua2 orang nangis .. Wahh , Hadi pesan dia buat macam 2 sebab dia nak ajar aku .Dia nak aku kuat .ok aku kan cuba untuk kuat ! Lepas call sambung online . tengok tweet shera bnyak sal ask.fm so bukak la ask.fm 2 .. baca kat siti ramai yang cakap yang bukan2 sal motmot . Asal ramai tak suka depa ni , Bodoh la depa ni baik kot , Ramah pulak 2 . Dah pukul 2 la time 2 sleep . esok awal nak ke kelas . 
                                           I MISS THIS MOMENT . <3


Cerita Cik N.A.D.Y.A

Selasa, 26 Mac 2013

Geram Ok Geram !

Masalah betul la roomate menumpang ni ! nak tidur bilik kawan tak mau bgtau awal2 dah orang nak tidur baru bgtau .Buat sakit hati ja . Dah la 2 hari tak balik bilik , bilik dah macam kapal karam semua 2 barang dia ja . main campak atas katil mcm 2 ja . wah2 ingat aku ni orang gaji dia ka ? sori sikit ok !
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Aku dan Dia

Assalamualaikum . 

 Ehh napa cik nadya pilih tajuk aku dan dia ni ? Siapa aku dan dia 2 ? ok ni lah aku dan hadi


pic bajet macam belajar sangat kan ? ok biasa la 2 :p . Cerita cinta yang di lakar kan pada 19.9.2012 kekal sehingga kini.Alhamdulillah berkat kesabaran,kesetiaan,kejujuran,kepercayaan dan doa kami berjaya bersama sehingga sekarang .Banyak sangat dugaan yang kami terpaksa tempuh bersama dah 3 kali putus tapi akhirnya berjaya bersatu kembali .Terima kasih Ya Allah. Apa pon yang jadi selepas ini aku harap kami dapat sama2 atasi .Harap cerita kami ini kekal sehingga aku sah bergelar isteri nya . :') AMIN

Cincin yang selalu ada di jari aku dan dia . Harap2 cincin silve ni dapat lah di tukar kan kepada cincin emas pada suatu hari nanti :)


Cerita Cik N.A.D.Y.A

Isnin, 25 Mac 2013

IMY



I Miss You baby , I Miss You Honey ! Cik Nadya rindu kan yayang cik nadya . Hmm kami ni 1 politeknik tapi tak selalu nak jumpa .Ok ambil la alasan yang selalu aku gunakan . Masing2 sibuk XD .Aku pon tak tau apa yang kami sibuk kan, btw lagi 1 bulan ja nak tamat sem .Ikot kan hati aku ni tak mau ja tamat sem sebab tak mau jauh sikit pon dari dia .Cik nadya sayang sangat dekat dia . sayang sangat tau. Rindu 2 rindu jugak but dia selalu call so rasa rindu 2 terubat jugak la. Ok now i need my rest .Esok kelas pagi la pulak :'( . Nyte all .nanti Cik nadya update lagi XOXO ! MUUuuuAAHhh :*
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Ahad, 3 Mac 2013

Sentap :'(

Assalamualaikum ,
Cerita cik nadya hari ini tentang perasaan . pernah dengar kan ayat sentap ? sentap ! itu la perasaan yang nadya rasa sekarang ni . sentap dengan dua orang yang cik nadya sayang . ok memang best kan ? Tah kenapa aku rasa hubungan aku dgn Zd dah mcm semakin tak menarik , banyak sangat benda yang jadi . Malam ni echah tidur kat bilik atas so hanya tinggal aku dengan ina . Mula-mula nak ja tidur kat bilik shera tapi tak jadi la sebab ada sorang 2 . bukan nya aku tak suka diatapi tak suka cara dia . time susah carikawan lama bila senang hilang dengan kawan baru . Dah la dia pernah buat kawan aku menangis . bodoh kan , buat orang rasa sentap dengai peragai dia . ok time to rest .. ok bye :)
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Isnin, 4 Februari 2013

sem 2

To day cik nadya telah menyertai program yes politeknik @ 1M4U kat arau , mula2 kami berkumpul di cafe siswi and then ambil baju but aku dapat baju saiz L . wow mmg kecil pon kan ? mood aku lagi teruk pas adik update status bbm cakap aku tak mau kwn dgn dia . huh because what aku nak buat mcm 2 ?but never mind aku knal adik aku sapa . dia memang cam 2 mybe ada salah aku jugak yang buat dia terasa mcm 2 . ok nak g arau naik bas poli , mula naik aku duduk sorang2 . Time aku tengah cakap dengan adik tiba2 ja papa pon nak cakap ok aku pon trtengking dia .. huh rasa bersalah sangat kot .. aiyoo , naik bas tiba2 kat sebalah aku hadi . ok rasa best sikit bila pakwe kat tepi :D  aku sejuk and hadi pon cuba nak stop kan air con kat tempat kami so sweet bila muka  dia takut .Dia risau coz  nanti aku selsema ... ok nmpak jugak sayang dia kat aku . :) . balik dari arau terus rehat , baca FO sikit and on9 twitter pas 2 trtido dengan sendiri nya . Bangun lapar ajak ina mkn dia tak nak sebab nak jimat duit untuk balik nnti .. sian ina , aku pon tak kaya sangat nak tlg dia . so mkn dengan adik pas 2 hubby aku dgn akim dtg teman . bila aku mkn nasi goreng tak habis hadi yg habis kan . hadi biasa ja kan mkn bekas aku .. hmm dia jenis tak kisah kira ok la kan ? dah habis mkn teman adik g koop ,beli gula2 and ,mcm biasa hadi belanja kinder beuno ..Thank ya yayang :D .. ok stop merapu kat blog time for stdy balik .. esok mybe ada 3 kuiz . FO,Arab and agama .. hope aku dapat buat semua 2 dengan baik , AMIN :)
Cerita Cik N.A.D.Y.A

Khamis, 24 Januari 2013

 
who is he ?  He is the person who has stolen my heart . Zulhadi damaska ​​name etched in my heart always . He is my passion other than family and friends . Know what ? i really miss him so bad . I hope he  feel like me right now :'( . He was a student DIP not like me .. me ?? i am a DHK student ok ..I always hoped that he will always be with me . I give my heart and my  love to him and i hope he will take care with good .. ok oh my english so severely .. Hahahha (;
Cerita Cik N.A.D.Y.A